Input your search keywords and press Enter.

Rakan Sempat Pegang Bahu Adam Sebelum Jatuh

M Update, 5/7/2019 – Seorang rakan Wan Mohammed Adam Mohd Suria sempat memegang bahunya yang maut selepas terjerlus dari lantai bas yang dikatakan reput di Kampung Kandis, semalam.

Imam Mushaddad Mohd Nazman, 12, berkata, sebelum kejadian dia sempat melihat rakannya itu sedang berbual dengan pemandu bas. Katanya, secara tiba-tiba Wan Mohammed Adam terjerlus sebelum dia sempat memegang bahu rakannya itu. Ketika itu bas masih lagi bergerak dan pegangan saya terlepas sebelum Adam (Wan Mohammed Adam) terjatuh. Adam hanya senyap dan tidak menjerit minta tolong.

Selepas seorang murid perempuan menjerit, baru pemandu bas itu berhenti namun saya sudah tidak berani untuk melihat Adam dari dekat,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 11.50 pagi semalam, murid Tahun Enam itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah akibat digilis.

Mayat Wan Mohammed Adam kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baka di sini 10.10 malam tadi. Imam Mushaddad berkata, ketika menaiki bas itu, dia dan rakan-rakan tidak nampak keadaan lantai bas yang retak itu. Ia macam lantai biasa ditutup dengan karpet,” katanya. – BH Online

Leave a Reply