Input your search keywords and press Enter.

Ajal Dilanggar Pemandu Mabuk

M Update, 9/7/2019 – Seorang pekerja kontrak maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika sedang melakukan kerja kawalan lalu lintas di Persiaran Perdana, Sri Damansara, dekat sini, tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.01 tengah malam ketika mangsa, Saidi Dollah, 52, sedang melakukan kawalan lalu lintas dengan memegang lampu baton di antara lorong kiri dan tengah jalan.

Bagaimanapun, katanya, sebuah kereta jenis Myvi dipandu seorang wanita berusia 42 tahun yang memandu di lorong tengah melanggar mangsa menyebabkan dia maut di lokasi kejadian.

Wanita terbabit positif ujian pernafasan EBA II dengan bacaan alkohol melebihi kadar dibenarkan iatu 201mg/100ml. Siasatan lanjut masih dijalankan, ketika kejadian keadaan jalan kering, tidak sibuk dan tidak hujan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Katanya, wanita terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 44(1)APJ 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820. – BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *