Input your search keywords and press Enter.

Malaysia dan China Bersetuju Tingkat Kerjasama Dalam Bidang TVET

M Update, 10/7/2019 – Malaysia dan China bersetuju mempertingkat kerjasama dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi membantu peningkatan ekonomi negara.

“Saya menyarankan agar kerajaan China mengiktiraf lebih banyak universiti tempatan dan universiti asing Malaysia bagi menarik lebih ramai pelajar dan penyelidik China ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, persetujuan itu dicapai ketika mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatan, Naib Perdana Menteri Sun Chunlan bersempena lawatan rasmi empat hari ke negara itu bermula Isnin lalu.

Beliau berkata, antara usaha yang boleh dilakukan termasuk menggalakkan kerjasama strategik bersama syarikat China di Malaysia dengan institusi pengajian tinggi Malaysia dengan kepakaran khusus dalam TVET. – BH Online

Leave a Reply