Input your search keywords and press Enter.

Dasar Keusahawanan Nasional Dilancarkan

M Update, 11/7/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pelaksanaan Dasar Keusahawanan Nasional meletakkan Malaysia sebagai ‘Negara Keusahawanan’ tulen menjelang 2030.

Berucap melancarkan dasar yang mengandungi lima objektif dan enam elemen teras itu hari ini Perdana Menteri berharap ia akan menjadi nukleus dan pemangkin kepada budaya keusahawanan. Untuk itu, setiap kementerian dan agensi pelaksana yang terbabit di dalam usaha membangun usahawan perlu bergerak sebagai satu pasukan dalam pelaksanaan dasar itu,” katanya pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Beliau menegaskan sebagai sebuah dasar yang holistik, Kementerian Pembangunan Usahawan perlu fokus untuk membina ekosistem keusahawanan yang inklusif. Perdana Menteri berkata, dasar itu dirangka sedemikian rupa selaras dengan tumpuan yang perlu diberi kepada ‘domestic investment’ (DDI) selain pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara sebagai persediaan menghadapi kemungkinan yang boleh merencat prestasi ekonomi negara.

Objektif Dasar Keusahawanan Nasional itu antara lain mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi negara yang inklusif, seimbang dan mapan. Ia juga bertujuan meningkatkan bilangan usahawan yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan serta mempertingkatkan keupayaan usahawan tempatan dan industri kecil dan sederhana.

Antara unsur teras yang dikenal pasti untuk menunjangi usaha itu ialah pembudayaan keusahawanan, tumpuan kepada perusahaan berteraskan inovasi serta pemerkasaan prestasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana. – Bernama

Leave a Reply