Input your search keywords and press Enter.

Lelaki maut dibaham 18 anjing peliharaan

M Update, 11/07/2019 – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang empat bulan lalu, sebenarnya dibaham oleh 18 anjing peliharaannya termasuk tulang.

Pemeriksa perubatan berkata kelmarin, ujian DNA menunjukkan serpihan tulang yang ditemui pada najis anjing terbabit adalah milik Freddie Mack, 57, menurut Pejabat Sherif Daerah Johnson.

Timbalan Sherif, Aaron Pitts, berkata 18 anjing baka campuran itu membaham seluruh tubuh Mack, baju dan rambut, cuma meninggalkan serpihan tulang sepanjang lima sentimeter hingga 12 sentimeter.

“Kami tidak pernah langsung mendengar seluruh tubuh manusia dimakan.

“Tulang patah sepenuhnya dan dimakan,” kata Pitts.

Mack mempunyai masalah kesihatan serius dan tidak diketahui sama ada anjing itu, membunuh mangsa dan memakan tubuhnya selepas beliau meninggal dunia kerana penyakitnya.

Mei lalu, seorang saudara Mack melaporkan kehilangan beliau dari rumahnya berhampiran Venus, di barat daya Dallas, berkata mereka tidak mendapat berita daripadanya sejak pertengahan April.

Anjing yang garang menghalang anggota keluarga Mack memasuki rumahnya dan turut memberi masalah kepada pihak berkuasa.

Selepas mencari beberapa hari, penyiasat menemui najis haiwan mengandungi rambut manusia, serpihan pakaian dan tulang.

Ia dihantar ke Pusat bagi Pengenalan Mayat Manusia Universiti of North Texas dan padan dengan DNA Mack. – Agensi

Leave a Reply