Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Manfaat Kepakaran China Hadapi Bencana

M Update, 11/7/2019 – Malaysia mahu meningkatkan persediaan menghadapi risiko bencana alam dan bencana industri melalui usaha pemetaan kawasan berisiko tinggi melalui penggunaan teknologi satelit, kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kepakaran negara China dalam teknologi jangkaan bencana dan pemetaan kawasan zon berisiko bencana menggunakan satelit, antara yang boleh dimanfaatkan Malaysia menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Usaha itu akan dilakukan dengan mendapat kerjasama dari Pusat Pengurangan Bencana Kebangsaan China. Usaha ini sedang digerakkan dan perjanjian persefahaman antara Malaysia dan China akan ditandatangani tidak lama lagi. Ketua Pengarah NADMA (Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman) akan membuat susulan mengenai perkara ini,” katanya kepada wartawan Malaysia semalam.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata berkata berbanding Malaysia, China mempunyai tahap kesiapsiagaan yang lebih baik dengan menggunakan teknologi data raya selain latihan simulasi yang berterusan dalam menghadapi pelbagai bentuk bencana.

“Kita ada Jabatan Meteorologi tapi kita juga mahukan ramalan di kawasan berisiko tinggi mengalami bencana. Di China mereka mempunyai data raya yang boleh digunakan untuk menganalisa dan dapat membuat jangkaan lebih awal…itu yang kita kurang,” katanya.

Malaysia dan China bersetuju untuk berkongsi amalan terbaik, bertukar-tukar lawatan antara pegawai, latihan bersama dan perkongsian ilmu dalam pengurusan bencana. Persetujuan itu dicapai semasa pertemuan beliau bersama Penasihat Negara, Wang Yong yang juga bertanggungjawab terhadap pengurusan bencana di China semalam.

Dr Wan Azizah berkata, meskipun Malaysia mempunyai teknologi dan kemahiran seperti ‘remote sensing’ dan ‘geo sensing’ namun maklumat yang diperoleh tidak dapat digunakan dengan sebaiknya kerana koordinasi yang lemah antara agensi berkaitan dan kekangan dalam bidang kuasa antara kerajaan pusat dengan negeri. – Bernama

Leave a Reply