Input your search keywords and press Enter.

Kentut kuat dedah tempat sembunyi

M Update, 12/07/2019 – Sepasukan anggota polis yang mencari suspek atas kesalahan memiliki dadah, menemui tempat persembunyiannya selepas mendengar bunyi kentut yang kuat.

“Jika waran tangkap dikeluarkan untuk kamu, polis mencari kamu dan kamu kentut dengan kuat sehingga mendedahkan tempat persembunyian, memang jelas kamu berhadapan hari (emoji najis). #IaBerlaku,” menurut kenyataan dalam Facebook Pejabat Sherif Daerah Clay.

Jabatan itu turut menyiarkan imej anjing polis, yang digunakan dalam usaha mencari suspek di kawasan hutan di Liberty, Missouri.

Penduduk bandar raya itu tidak ketinggalan menyertai jenaka mengenai kentut.

Dalam akaun Twitter masing-masing, mereka menulis: “Terima kami kepada Pejabat Sherif Daerah Clay kerana menyiarkan pakaian kotor orang dikehendaki dan menyemarakkan api.

“Jabatan Polis Liberty terperanjat kerana kejadian itu terbongkar, yang busuk bagi tertangkap.

“Mujurlah tiada siapa yang cedera ketika penangkapannya.”

Jabatan Sherif juga berkata: “Kami perlu memberikan pujian kepada Jabatan Polis Liberty kerana menggunakan pancaindera mereka untuk ‘menghidu’ suspek.” — Agensi

Leave a Reply