Input your search keywords and press Enter.

Kini Van Jenazah Pula Jadi Mangsa

M Update, 15/7/2019 – Sebelum ini kubur dan batu nisan yang dibakar dan dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetapi semalam kita dikejutkan pula dengan van jenazah yang dirosakkan.

“PASTI ada hikmah di sebalik kejadian dan saya doakan orang melakukannya mendapat hidayah Allah SWT,”. Demikian kata pengurusan Masjid Jamek al-Hidayah, Batu Berendam, Melaka, yang kesal tindakan pihak tidak bertanggungjawab memecahkan cermin belakang van jenazah milik masjid itu, semalam.

Bendahari Masjid Jamek al-Hidayah, Badrol Hisham Abdul Aziz, 60, berkata kejadian itu adalah kali pertama berlaku sejak masjid berkenaan digunakan enam tahun lalu. Kejadian disedari tukang kebun tengah hari semalam yang terlihat kesan kaca bertaburan ketika sedang membersihkan parkir masjid. Seketul batu dipercayai dibaling dari arah jalan raya di luar masjid turut ditemui dalam van. Satu laporan dibuat malam tadi dan kami menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Pihak masjid tidak mengesyaki sesiapa tetapi saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan semoga si pelaku mendapat hidayah Allah,” katanya. Mengulas lanjut, Badrol Hisham berkata, van jenazah jenis Kia Pregio adalah satu-satunya kenderaan digunakan masjid berkenaan sejak lebih 10 tahun lalu. Mujurlah hanya cermin sahaja yang pecah dan tidak mengganggu proses penggunaan van jenazah kerana kos dan masa membaik pulih pun tidak lama.

Saya difahamkan, kerugian hanya membabitkan cermin yang pecah manakala segala peralatan dalam van tidak hilang,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad mengesahkan laporan itu. Siasatan diteruskan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan diambil dari pengurusan masjid membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, pada 22 Jun lalu, sekurang-kurangnya 30 kubur dirosakkan dan dua lagi dibakar pihak tidak bertanggungjawab di Tanah Perkuburan Islam As-Syakirin Pasir Putih, Bachang. Terbaru, sebanyak 29 nisan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Jerneh, Lubok Cina, Alor Gajah, dirosakkan individu tidak bertanggungjawab, 12 Julai lalu. – HM Online

Leave a Reply