Input your search keywords and press Enter.

Kabinet baharu Thailand angkat sumpah

M Update, 17/07/2019 –  Kabinet baharu Thailand pimpinan Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha, bekas ketua tentera yang merampas kuasa pada 2014, mengangkat sumpah di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn hari ini.

Prayuth mengisytiharkan berakhirnya pemerintahan tentera selama lebih lima tahun semalam, berkata negara itu kini perlu berfungsi sebagai demokrasi normal.

Prayuth dan 35 menteri Kabinet melafazkan kesetiaan kepada monarki di Istana Dusit.

“Saya harap Kabinet dan kerajaan akan mendapat galakan dan kuasa melaksanakan tugas dengan baik dan melakukan apa yang betul,” kata Raja Vajiralongkorn.

Prayuth berkata, rampasan kuasa itu penting untuk mengembalikan keamanan selepas bantahan jalanan selama enam bulan dan pertempuran ganas ketika beliau bertindak demikian pada 2014.

Beliau berkata semalam, keadaan kembali kepada normal selepas pilihan raya 24 Mac lalu.

“Kami perlu bersedia untuk tugas seterusnya iaitu membentangkan dasar kerajaan dan mewujudkan rasa penyatuan bagi negara, agama, raja dan semua rakyat.

“Ramai menaruh harapan tinggi kepada kerajaan ini,” kata Prayuth kepada wartawan selepas majlis hari ini. — Reuters

Leave a Reply