Input your search keywords and press Enter.

Selat Melaka Kekal Selamat

M Update, 18/7/2019 – Perairan Selat Melaka kekal selamat untuk aktiviti perkapalan termasuk sebagai laluan perdagangan antarabangsa.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, pihaknya tidak terkesan dengan isu keselamatan cuba dibangkitkan mengenai Selat Melaka. Mana-mana negara boleh menimbulkan isu keselamatan itu sebagai langkah berjaga-jaga namun, setahu saya tiada petunjuk yang mengatakan kawasan perairan kita tidak selamat.

“Jadi, ditegaskan kawasan Selat Melaka kita kekal selamat,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador di Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur, hari ini.

Baru-baru ini, beberapa media termasuk luar negara melaporkan kebimbangan kerajaan China terhadap tahap keselamatan di perairan Selat Melaka. Malah, Kementerian Pengangkutan China dilapor meminta syarikat perkapalan dari negara itu meningkatkan keselamatan apabila belayar di Selat Melaka.

Selain itu, beliau berkata, ATM dan PDRM turut berbincang untuk memperkemaskan isu keselamatan di sempadan negara termasuk di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Leave a Reply