Input your search keywords and press Enter.

Guru Fizik Maut Kemalangan

M Update, 19/7/2019 – Seorang guru wanita maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 40 Jalan Lipis-Sungai Koyan dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Mazlina Abdullah, 38, berasal dari Tumpat, Kelantan, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata mangsa yang juga guru sains fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Sungai Koyan dalam perjalanan dari arah Sungai Koyan ke Kuala Lipis dikatakan memasuki laluan bertentangan. Kereta dipandu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan secara tiba-tiba menyebabkan pemandu lori berkenaan tidak dapat mengelak.

Kedua-dua kenderaan bertembung menyebabkan mangsa tersepit di dalam keretanya. Mangsa terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori, Mohd Fadzli Ahmad, 49, tidak cedera. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Lipis untuk bedah siasat. – BH Online

Leave a Reply