Input your search keywords and press Enter.

JAS : Ganjaran Untuk Pemberi Maklumat Pencemaran

M Update, 19/7/2019 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memberikan ganjaran kepada individu yang menyalurkan maklumat berhubung pencemaran alam sekitar terutama di Pasir Gudang.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Norlin Jaafar, berkata selain ganjaran sehingga RM5,000, identiti pemberi maklumat berkenaan juga akan dilindungi JAS.

“Pemberi maklumat sahih akan diberi ganjaran dan identiti pemberi maklumat itu akan dilindungi seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Mengikut prosedur operasi standard, ganjaran sehingga RM5,000 akan diberikan kepada pemberi maklumat mengikut keadaan tertentu,” katanya pada sidang media di Pejabat JAS Johor semalam.

Leave a Reply