Input your search keywords and press Enter.

Tetak isteri lepas kalah judi

M Update, 19/07/2019 – Seorang kaki judi didapati bersalah atas tuduhan membunuh isterinya dengan menetak wanita itu dengan pisau pemotong daging sebanyak 58 kali kerana marah selepas kalah bertaruh.

Jalal Uddin, 47, menetak isterinya, Asma Begum di kepala, muka, leher dan belakang sebanyak 58 kali di kediaman mereka di Canning Town, London Timur pada September 2016.

Sebelum kejadian berkenaan, Asma pernah membuat laporan mendakwa Jalal mempunyai ketagihan judi yang teruk dan sering memukulnya jika kalah atau tidak memberinya wang untuk berjudi.

Pendakwa raya, Danny Robinson berkata, Jalal bekerja sebagai cef, tetapi dia sering menghabiskan wangnya untuk berjudi menyebabkan isterinya terpaksa menanggung membayar bil, makanan dan pakaian untuk keluarganya.

“Mangsa pernah mengadu dia terpaksa memberi wang kepada suaminya untuk berjudi supaya tidak dipukul lelaki itu,” katanya.

Sehari sebelum kejadian, mangsa mengeluarkan wang simpanannya sebanyak £200 (RM1,026) untuk membayar bil dan membeli barangan keperluan harian.

Bagaimanapun, tertuduh menggunakan wang itu untuk berjudi di sebuah premis mesin perjudian dan kalah.

Apabila pulang ke rumah, Jalal bergaduh dengan isterinya sebelum dia mengambil pisau pemotong daging menetak wanita itu hingga mati.

Selepas perbicaraan selama beberapa hari, sebuah mahkamah di London memutuskan Jalal bersalah atas tuduhan membunuh dan menetapkan tarikh hari ini untuk menjatuhkan hukuman.

Leave a Reply