Input your search keywords and press Enter.

1,700 bomba berusaha padam kebakaran di Portugal

M Update, 22/07/2019 –  Kapal terbang dan helikopter, selain hampir 2,000 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan di kawasan tengah negara ini.

Pada 2017, lebih 100 mangsa maut selepas kebakaran melanda wilayah pergunungan itu.

Perkhidmatan penyelamat berkata, kira-kira 1,700 anggota bomba dengan dilengkapi 400 kenderaan sudah dikerah untuk memadamkan kebakaran hutan di wilayah Castelo Branco, yang terletak 200 kilometer di utara Lisbon.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, kira-kira 20 mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu, termasuk lapan anggota bomba, manakala baki 12 lagi adalah orang awam.

Katanya, seorang mangsa yang cedera sudah dibawa ke Lisbon menggunakan helikopter.

Daripada jumlah itu, seramai 800 anggota bomba, 245 kenderaan, selain 13 kapal terbang dan helikopter berada di bandar Vila de Rei, bagi memadamkan kebakaran di kawasan berkenaan.

“Api masih marak,” kata Menteri Dalam Negeri, Eduardo Cabrita kepada wartawan.

Sementara itu, polis berkata, seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan di Castelo Branco selepas dipercayai memulakan kebakaran di pinggir bandar itu, namun jaraknya adalah jauh dari lokasi kebakaran hutan terbabit.

Bagaimanapun, Cabrita berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada punca kebakaran adalah disengajakan.

“Punca kebakaran kini sedang disiasat, kerana terdapat beberapa perkara pelik berlaku.

“Lagipun, macam mana lima kebakaran besar boleh berlaku di kawasan yang terletak terlalu hampir antara satu sama lain,” katanya. – AFP

Leave a Reply