Input your search keywords and press Enter.

Kereta mewah ‘ciplak’

M Update, 22/07/2019 – Sebuah kilang menghasilkan kereta mewah Lamborghini dan Ferrari palsu pada harga serendah AS$40,000 (RM184,941) ditutup pihak berkuasa baru-baru ini, selepas dua tahun beroperasi.

Polis menyerbu kilang di selatan Santa Catarina itu Isnin lalu susulan aduan daripada pengilang dua jenama kereta mewah terbabit dan merampas lapan kereta yang dalam proses pemasangan.

Kilang itu dikendalikan seorang bapa bersama anak lelakinya dan mereka menawarkan kereta mewah palsu di media sosial pada harga separuh daripada nilai kereta sebenar iaitu antara AS$45,000 (RM184,941) dan AS$60,000 (RM246,588).

Menurut polis, anak beranak itu didakwa dengan pertuduhan jenayah harta industri dan bakal berdepan penjara tiga tahun.

Portal berita Brazil, G1 melaporkan dua lelaki itu menghasilkan Lamborghini dan Ferrari palsu sejak dua tahun lalu dan mereka mempunyai pengalaman dalam pengubahsuaian kereta selama 20 tahun.

Pelanggan menghubungi mereka menerusi media sosial dan memilih satu daripada lapan modal serta warna pilihan sebelum tempahan itu dihasilkan.

Beberapa gambar menunjukkan tempat duduk bersertakan logo Ferrari dan Lamborghini serta lencana dua jenama itu ditemui dalam kilang berkenaan.

Satu gambar memaparkan casis kereta merupai modal kereta Lamborghini Huracan yang harga sebenar adalah 155,000 pound (RM796,338).

Leave a Reply