Input your search keywords and press Enter.

TPM : Kerajaan Akan Tambah, Pertingkatkan Kemudahan Taska

M update, 22/7/2019 – Kerajaan akan menambah dan mempertingkatkan kemudahan Taska terutama di jabatan kerajaan bagi memastikan ibu bapa mudah mendapatkan perkhidmatan penjagaan anak, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Langkah itu sebagai usaha membantu ibu bapa terutama pasangan muda yang menghadapi kesukaran dari segi kewangan untuk menghantar mereka ke pusat penjagaan anak. Kementerian akan memperbaiki dan mempertingkatkan kemudahan Taska di negara terutama di jabatan kerajaan.

Ia bagi membantu ibu bapa atau penjaga khususnya kakitangan kerajaan mendapatkan perkhidmatan penjagaan anak. Ini berikutan pasangan ibu bapa muda sentiasa berada dalam dilema, setiap kali memikirkan tempat asuhan dan tadika yang menawarkan caj berpatutan dengan kemampuan kewangan mereka.

Demi mendapatkan khidmat terbaik untuk anak, pasangan ibu bapa sanggup berkorban termasuk ‘mengikat perut’ serta melakukan kerja sambilan bagi memastikan peruntukkan mencukupi.

Malah, kos penjagaan dan pendidikan awal anak yang tinggi dikesan antara penyumbang beban kewangan pasangan muda berusia antara 20 hingga 40 tahun hingga ramai terjerat masalah hutang, memaksa mereka mendapatkan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). -BH Online

Leave a Reply