Input your search keywords and press Enter.

Agong, Raja Permaisuri Timang Cucu Lelaki

M Update, 23/7/2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menimang seorang cucu lelaki, hari ini.

Puteri Seri Paduka, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah selamat melahirkan puteranya pagi tadi. Khabar gembira itu dikongsikan Tunku Azizah menerusi hantaran foto putera itu di Twitter rasmi milik baginda.

“Welcome to the world (Selamat datang ke dunia)…my grandson no 3 (cucu lelaki beta nombor tiga)… Iman selamat melahirkan anak lelaki pagi tadi…alhamdulillah,” tulis Tunku Azizah di Twitter.

Perkongsian foto itu menjadi perhatian warganet dan mendapat lebih 1,000 tanda suka kurang 30 minit sejurus foto itu dimuat naik oleh Tunku Azizah. Pengguna Twitter turut menzahirkan ucapan sembah tahniah kepada Seri Paduka berdua.

Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah bernikah pada 4 Ogos tahun lepas.

Leave a Reply