Input your search keywords and press Enter.

Dua Anggota Tentera Darat Hilang Ketika Operasi

M Update, 23/7/2019 – Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang didakwa hilang ketika bertugas baru-baru ini telah dikenalpasti daripada Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) yang berpangkalan di Kem Bukit Cowder, Perlis

Kementerian Pertahanan Malaysia memaklumkan bahawa dua anggota tersebut disyaki hilang ketika sedang bertugas dalam Operasi PEJARAK (OP PEJARAK) di Pulau Perak. Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya semalam mengesahkan insiden melibatkan kehilangan dua anggota 4 RRD itu. Dua orang anggota berkenaan adalah Koperal David Edmund Rapi dan Lans Koperal Moses Logers.

Ketiadaan anggota dikesan pada lewat malam 19 Julai 2019 ketika Ketua Penempatan membuat perbarisan pemeriksaan malam bagi mengira kekuatan. Usaha pencarian dihentikan pada awal pagi 20 Julai 2019 berikutan angin kuat serta hujan lebat selain penglihatan yang amat terhad,ā€¯katanya.

Op PEJARAK merupakan operasi yang dilaksanakan di bawah kawalan Markas Pemerintahan Armada Barat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang melibatkan penempatan anggota TDM di dua buah pulau di antara perairan Kedah dan Perak. Usaha mencari dan mengesan dua anggota tersebut telah dilaksanakan dan diteruskan oleh anggota yang bertugas di pulau berkenaan.

TDM dengan kerjasama TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengatur gerak aset dan sedang giat menjalankan aktiviti pencarian bermula pada pagi 20 Julai 2019 di kawasan pulau dan perairan persekitaran bagi mengesan anggota-anggota tersebut.

Leave a Reply