Input your search keywords and press Enter.

Perancis aktifkan pelan amaran gelombang haba minggu ini

M Update, 23/07/2019 – Pihak berkuasa Paris hari ini mengaktifkan pelan amaran untuk ibu kota ini ketika Perancis bersiap sedia berdepan suhu panas melampau minggu ini sebulan selepas gelombang haba sama dirasai bulan lalu.

Amaran ‘tahap tiga’ termasuk langkah memastikan golongan warga emas dan berisiko diperiksa secara kerap selain menyediakan bilik perlindungan.

Pusat ramalan cuaca Perancis, meramalkan suhu di ibu kota ini mencecah sehingga 37 darjah Celsius esok.

Selain ibu kota ini, lebih 20 rantau tempatan lain terutama di selatan Perancis juga diletakkan dalam amaran gelombang haba.

Menteri Pertanian Didier Guillaume berkata awal hari ini, Perancis akan meminta Suruhanjaya Eropah (EU) mempercepatkan pembayaran subsidi berjumlah 1 bilion euro (RM4.62 bilion) bagi membantu petani berdepan cuaca panas.

Akhir Jun lalu, Perancis merekodkan suhu tertinggi 46 darjah Celsius di selatan negara itu. -Reuters

Leave a Reply