Input your search keywords and press Enter.

Kasut Nike paling mahal

M Update, 24/07/2019 – Sepasang kasut sniker Nike yang dikeluarkan pada 1972, ‘Moon Shoe’ mencatat rekod dunia baru apabila dijual kepada seorang pengumpul tegar pada harga AS$437,500 (RM1.8 juta) dalam satu lelongan semalam, kata syarikat pembida Sotheby’s.

AFP melaporkan, jualan itu memecahkan rekod lama apabila sepasang kasut Converse pernah dipakai oleh Michael Jordan dalam pusingan akhir bola keranjang di Sukan Olimpik 1984 dijual pada harga AS$190,373 (RM784,237) pada 2017.

Sotheby’s berkata, harga lelongan itu mengatasi anggaran awal mereka iaitu AS$160,000 (RM659,108).

Pengumpul warga Kanada, Miles Nadal yang membayar membidanya di internet sebagai menambah koleksi 99 pasang kasut edisi terhad yang dibeli dalam jualan tertutup minggu lalu.

“Saya teruja dapat membeli ‘Moon Shoes’, iaitu salah satu kasut sniker paling jarang dihasilkan dan satu artifak dalam sejarah sukan dan budaya pop,” katanya.

Leave a Reply