Input your search keywords and press Enter.

KSN : Malaysia Antara 10 Destinasi Utama Pelancongan

M Update, 24/7/2019 – Malaysia membuktikan keupayaannya dalam industri pelancongan apabila secara konsisten menduduki senarai 10 destinasi utama pelancongan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Menurut kenyataan yang dimuatkan dalam laman Facebooknya semalam, sektor pelancongan Malaysia dikenal pasti salah satu penyumbang utama kepada kejayaan ekonomi negara, seiring dengan Wawasan 2020 diperkenalkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 29 tahun lalu.

Beliau berkata, selain itu, ia juga dinyatakan dalam Tonggak 3 Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) iaitu Menuju Ke Arah Pembangunan Wilayah Yang Seimbang.

Katanya, dengan pelancaran Logo Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 yang baharu, ia akan menjadi salah satu mekanisme untuk menarik lebih ramai pelancong. Ia secara tidak langsung melonjakkan industri pelancongan domestik dan mewujudkan sejumlah besar peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini – Bernama

Leave a Reply