Input your search keywords and press Enter.

Elaun Pelatih Industri Diperkenalkan Semula

M Update, 25/7/2019 – Pembayaran elaun kepada pelatih industri yang berkhidmat di sektor awam akan diperkenalkan semula oleh kerajaan.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan itu dicapai selepas mendapat persetujuan Kabinet dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini. Kewajipan membayar elaun akan merujuk kepada pekeliling yang akan dilaksanakan di setiap kementerian dan agensi kerajaan.

Skim pembayaran kepada pelatih akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan dan akan dilaksanakan bagi kemudahan pelatih. Ini adalah permulaan kepada dasar untuk mewajibkan latihan berbayar dan saya berharap ia ditetapkan sebagai satu standard di Malaysia sama ada sektor awam atau swasta,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga bersetuju mengadakan mesyuarat khas Kabinet untuk membincangkan isu berkaitan anak muda. Anak muda dan isu kebajikan harus diangkat dan diperhalusi dalam setiap peringkat pentadbiran kerajaan lebih-lebih lagi sejak Dewan Rakyat meluluskan pindaan terhadap Undi 18. Anak muda perlu memimpin negara hari ini, bukan hanya untuk masa depan,” katanya.

Leave a Reply