Input your search keywords and press Enter.

Tajaan RM156 juta daripada PETRONAS

Walaupun keadaan ekonomi global dan harga minyak tidak menentu, syarikat gergasi negara PETRONAS tetap mengutamakan bakat pelajar dalam masa yang sama membuktikan komitmen dalam saluran pengetahuan dan kemahiran yang mampan dalam kalangan pelajar Malaysia.

Seramai 219 pelajar lepasan (SPM) menerima biasiswa daripada PETRONAS dalam pelbagai bidang di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara di bawah program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkefli Wan Ariffin berkata jumlah 219 pelajar itu adalah sebahagian daripada 400 pelajar yang menerima biasiswa pada tahun 2019 dengan jumlah keseluruhan penajaan bernilai RM156 juta.

Penajaan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berterusan daripada PETRONAS ke arah pembangunan pendidikan dan beliau percaya bahawa pendidikan berperanan sebagai pentas dalam memperkasakan serta meningkatkan taraf hidup dan keupayaan masyarakat.

Setiap pelajar yang ditaja akan melanjutkan pengajian dalam sarjana muda dan institusi pengajian antarabangsa terkemuka antaranya Australia, Kanada, China, Jepun, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam pelbagai jurusan seperti kejuruteraan petroleum, kejuruteraan mekanikal, undang-undang dan kewangan,” katanya.

Beliau berkata, kira-kira 7,000 permohonan diterima dengan lebih 1,000 permohonan disenarai-pendek sebelum dimuktamadkan kepada 400 penerima sahaja.

“Antara kriteria pemilihan pelajar ialah kecemerlangan pelajar dan menepati ciri-ciri kepimpinan serta mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa.

“Kriteria lain kita juga dititikberatkan dan kita melihat sama ada mereka mampu menghadapi cabaran daripada pelbagai aspek di dalam persekitaran baharu ketika belajar, baik di dalam mahu pun di luar negara,”

Leave a Reply