Input your search keywords and press Enter.

Bayi pertama IVF kini sudah 41 tahun

M Update, 26/07/2019 –  Dilahirkan 41 tahun yang lalu, Louise Joy Brown terkenal sebagai bayi tabung pertama di dunia selepas selamat menjalani prosedur in vitro fertilization (IVF) yang diperkenalkan Patrick Steptoe, Robert Edwards bersama pembantunya, Jean Purdy.

Anak kepada pasangan John Brown dan Lesley Brown itu dilahirkan di Hospital Royal Oldham, Oldham, United Kingdom.

Harian Kompas melaporkan, Louise menjadi tajuk utama media selepas dilahirkan melalui pembedahan Caesarean dengan berat hanya 2.608 kilogram pada 25 Julai 1978.

Lesley Brown yang berusia 30 tahun ketika itu, sudah mencuba pelbagai cara selama sembilan tahun namun dia tidak boleh hamil secara normal kerana menghadapi komplikasi pada tiub fallopio menyebabkannya tertekan kerana mahukan zuriat, lapor The Independent.

“Selepas terdengar mengenai eksperimen IVF ibu bapa saya berharap dapat menjalani proses berkenaan walaupun ia belum pernah dijalankan dan tiada bukti mengenainya.

“Saya gembira kerana berjaya menjadi bukti pertama kemunculan IVF malah ia membolehkan adik perempuan saya, Natalie dilahirkan sebagai bayi tabung uji ke-40 pada 1982,” kata Louise.

Bagaimanapun, Louise sedih kerana ibu bapanya, Patrick Steptoe, Robert Edwards dan Jean Purdy meninggal dunia sebelum sempat dia meraikan tarikh hari ini bersama mereka.

Leave a Reply