Input your search keywords and press Enter.

Impak pertemuan empat mata di Turki

Mupdate ~ 26 Julai 2019: Turki merupakan rakan dagangan Malaysia ketiga terbesar di Asia Barat manakala untuk Turki, Malaysia merupakan rakan dagangan terbesar di negara ASEAN.

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir mengadakan lawatan ke Turki. Persiden Turki Recep Tayyip Erdogan mempelawa lebih banyak syarikat Malaysia untuk meluaskan pelaburan ke negara itu terutamanya dalam industri pertahanan.

Erdorgan menganggap Malaysia sebagai negara sahabat dan beliau ingin hubungan itu diperluaskan bagu meningkatkan dagangan dua hala. “Saya mahu melihat dan menyasarkan nilai dagangan antara Turki dan Malaysia mencecah AS$5 bilion (RM20.6 bilion) ” katanya dalam sidang akhbar bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Ankara, Turki petang semalam.

Selain itu, lawatan Tun Dr. Mahathir ke Turki telah memberi impak positif kerana Malaysia dan Turki akan memperluaskan lagi kerjasama dan pelaburan dalam sektor pelancongan. Malah Erdogan berharap pada masa akan datang banyak lagi kerjasama dapat dijalankan antara Turki dengan Malaysia kerana kedua-dua negara mempunyai pendirian yang sama seperti isu melibatkan Palestin dan Rohingya.

Leave a Reply