Input your search keywords and press Enter.

Aksi ‘Panas’ Penumpang Grab Tersebar Akan Disiasat

M Update, 29/7/2019 – Sejak semalam tular dalam laman Twitter memaparkan aksi seorang penumpang lelaki bercumbuan dengan seorang wanita di tempat duduk belakang perkhidmatan e-hailing, Grab.

Video berdurasi 23 saat itu dimuat naik oleh Mohamad Azif yang dipercayai merupakan pemandu kenderaan tersebut sehingga mendapat ulang kicau sebanyak 2,375 dan tanda suka sebanyak 1,811 daripada warga maya.

Bagaimanapun, video berjudul ‘Dugaan Pemandu Grab sekarang’ itu tidak dapat dipastikan sama ada penumpang tersebut sudah berkahwin ataupun tidak. Aksi lucah tersebut mendapat pelbagai reaksi antaranya daripada pengguna Twitter, Izzati Zulkipli yang mengecam tindakan pemandu tersebut.

“@GrabMY tolong tengok awak punya pemandu. Pelanggaran terhadap hak privasi pelanggan. Entah-entah dia tak maklumkan pun ada rakaman dalam perjalanan. Salah apa pun yang pelanggan buat tak bagi lesen pada awak untuk canang satu dunia,” tulisnya.

Kicauan itu mendapat respon daripada Grab Malaysia yang berjanji akan menyiasat perkara itu serta menerangkan fungsi pemasangan kamera dashcam dalam kenderaaan itu.

“Hi Izzati, terima kasih kerana memaklumkan perkara ini kepada kami. Kegunaan Dashcam bertujuan untuk mencegah jenayah dan bukannya untuk melanggar hak mana-mana penumpang. Kami melihat perkara ini secara serius dan sedang menyiasat dengan lebih mendalam. Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat kepada kami. Terima kasih,” katanya.

Leave a Reply