Input your search keywords and press Enter.

Harga Minyak Susut

Selepas Iran menggambarkan rundingan kecemasan berhubung perjanjian nuklear pelbagai pihak sebagai “membina”, mencadangkan sedikit kelegaan dalam ketegangan di Asia Barat, harga minyak TURUN pada hari ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 23 sen, atau 0.4 peratus, kepada AS$63.23 satu tong pada 0054 GMT.

Harga Brent menokok 1.6 peratus minggu lalu.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) susut 8 sen pada AS$56.12 satu tong.

WTI menokok satu peratus minggu lalu.

Mesyuarat kecemasan dengan pihak terbabit dalam perjanjian nuklear Iran 2015 adalah membina tetapi terdapat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan dan Tehran akan terus mengurangkan komitmen nuklearnya jika Eropah gagal menyelamatkan pakatan itu, kata pegawai Iran, Abbas Araqchi Ahad.

“Persekitaran adalah membina. Perbincangan baik. Saya tidak boleh mengatakan bahawa kita telah menyelesaikan segala-galanya, saya boleh mengatakan terdapat banyak komitmen,” kata Araqchi, perunding nuklear kanan Iran, kepada pemberita selepas mesyuarat di Vienna.

Mesyuarat itu tidak termasuk AS, yang keluar daripada perjanjian itu pada Mei 2018 dan mengenakan semula sekatan ke atas eksport minyak Iran.

Namun, ketegangan kekal tinggi di sekitar Selat Hormuz, laluan minyak paling penting di dunia, kerana Iran enggan melepaskan kapal tangki British yang dirampas tetapi membenarkan konsular India akses kepada 18 kru warga India.

Denmark menyambut baik cadangan kerajaan British untuk misi tentera laut diketuai Eropah untuk memastikan penghantaran yang selamat melalui selat itu. – Reuters

Leave a Reply