Input your search keywords and press Enter.

Pemilik suara Minnie Mouse meninggal dunia

M Update, 29/07/2019 – Pemilik suara yang melakonkan watak Minnie Mouse Disney selama 30 tahun, Russi Taylor telah meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Syarikat Walt Disney berkata, pelakon veteran itu meninggal dunia di Glendale, California semalam, tanpa menyatakan punca kematian.

Sejak 1986, Taylor menggunakan suara latarnya untuk beberapa siri animasi TV, filem dan taman tema menampilkan nada tinggi dan manja Minnie.

Taylor mengahwini pemilik suara Mickey, Wayne Alwine yang meninggal dunia pada 2009.

Mendiang turut melakonkan watak dalam The Simpsons, termasuk watak Bart dorky rakan sekelas Martin. – AFP

Leave a Reply