Input your search keywords and press Enter.

Penjawat Awam Perlu Ketepi Budaya Kerja Silo

M Update, 29/7/2019 – Penjawat awam diminta mengenepikan budaya kerja secara silo atau bekerja dalam komuniti sendiri selari pembaharuan dalam perkhidmatan awam negara.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar, berkata kakitangan awam tidak lagi boleh melihat hanya jabatan tempat mereka bertugas, sebaliknya bekerjasama antara satu sama lain. Penjawat awam perlu memaksimumkan sumber jabatan, kita tidak boleh melihat secara jabatan masing-masing dan bekerja secara silo, sebaliknya bekerjasama antara satu sama lain.

Penjawat awam berperanan merangka, mengolah dan merealisasikan sesuatu dasar itu dan seterusnya menyumbang kepada kejayaan negara termasuk berperanan dalam merangka pembaharuan,” katanya pada Majlis Pertemuan Bersama Ketua Jabatan Negeri Kedah dan Perlis semalam. Ismail berkata, kakitangan awam perlu menjanjikan perkhidmatan pantas, cekap dan mesra.

“Semua penjawat awam perlu bangkit dan bersama-sama meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada golongan rakyat.“Dalam masa sama, mereka juga perlu melaksanakan amanah yang diberikan demi kemakmuran bersama,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan yang berkesan mampu menjana kepercayaan rakyat dan perkhidmatan awam akan lebih disegani. – BH Online

Leave a Reply