Input your search keywords and press Enter.

Merana ‘Anu’ Tersepit Gigi Gear

M Update, 31/7/2019 – Anggota bomba mengambil masa lebih 20 minit untuk mengeluarkan kemaluan seorang lelaki yang tersepit dalam lubang gigi daun gear di sini, petang semalam.

Operasi membuang alat berkenaan dilakukan di Hospital Kuala Krai (HKK) menggunakan alat pemotong khas. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin, berkata terdahulu mangsa berusia 34 tahun datang sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian jam 3.14 petang memaklumkan masalah yang dihadapinya.

Katanya, susulan itu, seramai tiga pegawai dan lima anggota BBP Kuala Krai bergegas ke BBP Sungai Durian dan membawa mangsa ke HKK menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba. Dengan kerjasama pihak hospital, kita berjaya mengeluarkan alat itu dari kemaluan mangsa menggunakan alat pemotong khas dalam tempoh 20 minit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa tidak cedera dan diserahkan kepada hospital untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply