Input your search keywords and press Enter.

‘Cancel Oder’ kerana berlainan agama

M Update, 02/08/2019 –  Polis mengarahkan seorang lelaki membayar bon sebanyak 100,000 rupee (RM6,014) kerana membatalkan pesanan makanannya hanya disebabkan penghantar beragama Islam.

Kontroversi tercetus selepas lelaki menetap di Madhya Pradesh itu memuat naik status di Twitter, Selasa lalu mengatakan dia membatalkan pesanan di aplikasi Zomato kerana penghantar makanan bukan Hindu.

Status terbabit mendapat lebih 80,000 ‘likes’ di Twitter.

Polis Jabalpur superintendan Amit Singh berkata, lelaki itu boleh dihukum penjara atau hilang wang bon sekiranya melakukan perbuatan sama dalam tempoh enam bulan.

Singh berkata, tindakan lelaki itu bertentangan dengan perlembagaan dan mewujudkan perselisihan antara masyarakat.

Pemandu Zomato yang dikenali sebagai Faiyaz memberitahu agensi berita tempatan Press Trust of India, kejadian itu mengguriskan hatinya.

Leave a Reply