Input your search keywords and press Enter.

Tidak Perlu Izin Mahram

M Update, 02/08/2019 – Kerajaan Arab Saudi akan membenarkan kaum wanita ke luar negara tanpa perlu izin daripada penjaga lelaki atau mahram, katanya semalam.

Perubahan itu menamatkan sekatan ketat yang dikritik hebat antarabangsa dan mendorong percubaan melampau untuk melarikan diri dari kerajaannya.

“Pasport akan diberikan kepada semua warga negara Arab Saudi yang membuat permohonan,” kata kerajaan yang diumumkan di media rasmi Umm Al Qura.

Peraturan itu akan terpakai kepada wanita berumur lebih 21 tahun, kata akhbar pro kerajaan, Okaz dan beberapa media tempatan yang memetik sumber pegawai kanan kerajaan.

Wanita di Arab Saudi, sudah sekian lama perlu mendapatkan keizinan daripada mahram iaitu suami, bapa dan saudara lelaki untuk berkahwin, memperbaharui pasport atau ke luar negara.

Leave a Reply