Input your search keywords and press Enter.

Tiada Cuti Tambahan Sempena Aidiladha

M Update, 6/8/2019 – Tiada cuti tambahan diberi kepada sekolah sempena sambutan Aidiladha pada Ahad ini, seperti yang tersebar di media sosial.

Cuti untuk Aidiladha bagi sekolah tertakluk kepada surat siaran makluman mengenai takwim penggal dan cuti sekolah yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan pada 3 Disember 2018.

Berdasarkan takwim penggal persekolahan, cuti Aidiladha termasuk dalam cuti pertengahan tahun penggal kedua bermula 9 hingga 17 Ogos bagi Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu manakala negeri lain bermula 10 hingga 18 Ogos ini. – BH Online

Leave a Reply