Input your search keywords and press Enter.

Tangguhkan Lawatan Tidak Penting Ke Jammu Dan Kashmir

M Update, 07/08/2019 – Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan tidak penting ke kawasan yang terjejas di Jammu dan Kashmir.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata nasihat itu dikeluarkan ekoran keadaan semasa.

Menurut Wisma Putra lagi, Malaysia sedang memantau keadaan di Jammu dan Kashmir kerana negara ini mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan India dan Pakistan.

“Malaysia menggalakkan kedua-dua negara berjiran itu untuk berinteraksi semula dalam dialog dan rundingan bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku dan mencari penyelesaian yang baik,” tambah kenyataan itu.

Dilaporkan bahawa pihak berkuasa India pada Jumaat memberitahu pelancong supaya meninggalkan Kashmir kerana ‘ancaman keganasan’, manakala laporan media menyatakan 25,000 ketumbukan tentera telah dihantar ke wilayah Himalaya yang bergolak itu.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dan perkhidmatan, boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, 110021 New Delhi atau hubungi +911124159300 dan +919319150306 (selepas waktu bekerja).

“Alamat e-mel Suruhanjaya Tinggi ialah mwdelhi@kln.gov.my,” menurut kenyataan itu lagi.

Leave a Reply