Input your search keywords and press Enter.

Akibat Tersalah Dail

M Update, 08/08/2019 – Seorang lelaki berusia 73 tahun ditahan selepas tersilap menghubungi 911 untuk mendapatkan maklumat.

Warga tua yang tinggal di Chebogue, Nova Scotia dilaporkan mahu membuat panggilan ke 411 dan memberitahu operator bahawa dia tersalah dail tetapi polis pergi ke kediamannya untuk membuat pemeriksaan.

Ketika itulah, polis menemui 100 senjata api iaitu 94 senapang dan enam pistol.

Polis Diraja Kanada berkata semua senjata itu dimiliki secara sah, tetapi tidak disimpan dengan baik.

Semua senjata dirampas dan lelaki itu ditahan kerana tidak menyimpan senjata api dengan selamat.

“Ia adalah perkara yang luar biasa bagi kami untuk mengetahui sesuatu yang berbeza apabila tiba di lokasi.

“Senjata itu diletakkan secara terbuka di seluruh rumah. Sebaik sahaja anggota kami masuk ke dalam rumah dengan kebenarannya, kami dapat melihat senjata itu,” kata jurucakap polis Nova Scotia, Jennifer Clarke kepada AFP.

Lelaki tersebut yang dirahsiakan namanya sudah dibebaskan dan dihadapkan ke mahkamah pada 5 Oktober ini.

Leave a Reply