Input your search keywords and press Enter.

Cuaca Panas Di Malaysia Diramal Berterusan Hingga Oktober Ini

M Update, 8/8/2019 – Malaysia dijangka mengalami cuaca panas dan kurang taburan hujan sehingga Oktober ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis, berkata selain Malaysia, negara jiran Singapura dan Sumatera, Indonesia dijangka turut mengalami cuaca sama.

“Kita jangka akan mengalami kekurangan taburan hujan dengan cuaca lebih panas dan kering…tahun ini tanpa fenomena El Nino dan La Nina sehingga Oktober,” katanya.

Beliau ditanya mengenai intipati Mesyuarat Ke-21 Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan Jawantankuasa Pemandu Peringkat Menteri Sub-Wilayah Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang berlangsung di Brunei. Mengulas mengenai mesyuarat berkenaan, beliau berkata kelima-lima negara yang terbabit membentangkan tindakan yang sudah diambil untuk menangani kejadian kebakaran dan jerebu di negara masing-masing.

Antara maklumat tindakan yang dikongsi ialah menjalankan pemantauan cuaca dan titik panas secara berterusan, menguatkuasakan undang-undang dan mensiapsiagakan peralatan dan sumber tenaga manusia untuk sama-sama memantapkan pemadaman kebakaran,” katanya. Mesyuarat tahunan membabitkan empat negara ASEAN lain iaitu Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand, diadakan bagi memantau dan memperincikan langkah yang diambil dalam mengatasi jerebu merentasi sempadan itu.

Inisiatif untuk menangani masalah jerebu di peringkat ASEAN dimulakan selepas episod pencemaran yang serius pada 1997 yang telah membawa kepada termeterainya perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu merentasi sempadan ditandatangani 10 negara di Kuala Lumpur pada 10 Jun 2002. – Bernama

Leave a Reply