Input your search keywords and press Enter.

Mayat Pelajar Universiti Cambridge Ditemui

M Update, 09/08/2019 – Selepas 12 hari pencarian, mayat seorang pelajar Universiti Cambridge yang maut selepas terjun dari pesawat ringan yang dinaikinya akhir ditemui di satu kawasan terpencil di Madagascar.

Mayat Alana Cutland, 19, ditemui kelmarin oleh sekumpulan penduduk kampung yang menyertai operasi mencari wanita itu yang terjun dari ketinggian 1,127 meter.

Menurut Daily Mail, jurucakap polis memberitahu, mayat yang ditemui itu dipercayai Alana berdasarkan warna rambut, kasut dan pakaian yang dipakai mangsa.

Mayat mangsa akan dibawa ke sebuah lapangan terbang kecil di Anjajavy di barat daya Madagascar sebelum dipindahkan menaiki helikopter ke bandar Antananarivo.

Pelajar warga Britain itu dilaporkan datang ke Madagascar untuk mengkaji satu spesies ketam yang jarang ditemui.

Dalam kejadian pada 25 Julai lalu, Alana yang dipercayai mengalami serangan paranoia dilaporkan membuka pintu pesawat Cessna 182 yang dinaikinya sebelum terjun.

Juruterbang cuba menutup pintu itu kembali dengan sebelah tangganya sambil mengawal pesawat bagi menghalang Alana terjun, tetapi sebahagian badan mangsa sudah tergantung di luar.

Seorang guru dari Britain, Ruth Johnson, 51, yang duduk di sebelah Alana memegang kaki wanita itu sambil menjerit, “Masuk balik, masuk balik,”.

Selepas bergelut selama dua minit akhirnya Alana berjaya melepaskan diri dan terjatuh dari pesawat berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *