Input your search keywords and press Enter.

PBSL – Bebas Banduan Secara Berlesen

M Update, 9/8/2019 – Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) merupakan satu program pendekatan awal untuk masyarakat menerima bekas banduan apabila banduan dibebaskan sepenuhnya kelak.

Ia juga menjadi program sokongan supaya bekas banduan tidak kembali melakukan kesalahan yang akan membawa mereka kembali ke penjara.

Proses pemulihan banduan bermula dari pra, semasa dan selepas, namun majoriti bekas banduan tidak diterima keluarga meskipun mereka sudah berubah.

Jadi masyarakat diseru supaya dapat memberikan peluang dan menerima bekas banduan yang dibebaskan kerana kita merasakan sokongan masyarakat dan komuniti ini akan dapat membantu mengelak bekas banduan untuk kembali melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang.

Melalui PBSL banduan terpilih akan dibebaskan selama tujuh hari dengan syarat tertentu sebelum kembali ke penjara tempat mereka ditempatkan bagi menamatkan baki hukuman.

Leave a Reply