Input your search keywords and press Enter.

Pakar Patologi HKL Bedah Siasat Nora Anne

M Update, 14/8/2019 – Sepasukan pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipanggil bagi melakukan proses bedah siasat mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin.

Mereka tiba di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, kira-kira jam 9.06 pagi menaiki kenderaan HKL.

Proses bedah siasat dijangka dilakukan pada jam 10 pagi ini.

Ketika ini pekarangan Jabatan Forensik mula dipenuhi lebih 20 pengamal media tempatan dan antarabangsa seawal jam 6.30 pagi.

Malam tadi keluarga remaja warga Ireland itu sudah membuat pengecaman dan mengesahkan itu adalah mayat Nora Anne.

Mayat remaja berusia 15 tahun itu ditemui di kawasan berlurah dekat anak sungai kira-kira 2.5 kilometer dari resort dia dilaporkan hilang selepas 10 hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan

Mayat tanpa pakaian tetapi dalam keadaan sempurna itu ditemui oleh sepasukan pendaki sukarelawan yang menyertai operasi SAR.

Mayat itu kemudian dibawa keluar menggunakan helikopter dan terus diterbangkan ke HTJ.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply