Input your search keywords and press Enter.

Saat Penemuan Nora Anne

M Update, 14/8/2019 – Pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai, Seremban ternampak mayat Nora Anne Quoirin, 15, pada jarak kira-kira 20 meter tetapi tidak mendekatinya.

Sebaliknya, kumpulan itu terus memaklumkan penemuan mereka kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Wakil kumpulan pendaki dari Seremban, Kenny Chan berkata, dia bersama 24 pendaki lain secara sukarela menyertai SAR kira-kira 12 tengah hari di kawasan sungai itu.

Kami melakukan pencarian mengikut laluan sungai sebelum berpecah kepada dua kumpulan bagi meluaskan kawasan pencarian.

Ketika kumpulan saya sedang menelusuri laluan sungai itu, kami ternampak mayat terbabit tetapi tidak mendekatinya,” katanya.

Tiada individu lain di lokasi terbabit selain daripada kumpulannya tetapi dia tidak pasti jika ada pihaknya lain yang terlebih dahulu menemuinya.

Dia dan ahli kumpulannya sudah memberi keterangan di Balai Polis Pantai mengenai penemuan mereka itu, malam tadi bagi membantu pihak berkuasa.

Kenny dan kumpulannya menyertai SAR pada Ahad lalu sebelum menyertainya untuk kali kedua semalam.

Mayat Nora Anne ditemui pada 1.57 petang semalam kira- kira 2.5 kilometer dari lokasi penginapan remaja dan keluarganya di sebuah resort dekat Pantai.

Mayat remaja warga Ireland dibawa keluar dari lokasi dengan bantuan helikopter dan kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Keluarganya yang ke hospital membuat pengecaman dan mengesahkan mayat terbabit adalah remaja yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu itu.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply