Input your search keywords and press Enter.

Hutan Di Pasir Gudang Terbakar

M Update, 19/8/2019 – Hampir dua hektar hutan di Jalan Helang, di Taman Scientex, di sini, terbakar akibat cuaca panas dan kering, tengah hari semalam.

Dalam kejadian pada jam 12.40 tengah hari itu, kebakaran berkenaan merebak pantas dan sukar dipadamkan berikutan keadaan tanahnya dipercayai kombinasi jenis gambut yang mudah terbakar. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Mohd Yousri Atan, berkata satu jentera dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Panggilan kecemasan pertama diterima pada jam 12.44 tengah hari daripada orang awam sebelum kebakaran berjaya dikawal hampir dua jam kemudian. Namun pada jam 4 petang, kami menerima semula panggilan kecemasan menyatakan kebakaran di lokasi sama sebelum sebuah jentera dan enam anggota dikejarkan semula ke lokasi kejadian.

Kebakaran juga berulang semula di kawasan hutan berhampiran pada jam 8 malam dengan anggota kami membuat pemantauan di lokasi kejadian sehingga jam 12.30 tengah malam bagi memastikan kebakaran tidak lagi berulang, ” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Yousri berkata, faktor pokok yang mempunyai akar jauh ke dalam tanah serta jenis tanah lembut atau gambut di kawasan hutan berkenaan menyebabkan kebakaran berulang dan mengambil masa dipadamkan. Namun katanya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya tengah malam tadi. – BH Online

Leave a Reply