Input your search keywords and press Enter.

Suspek Langgar Syed Muhammad Danial Didakwa Esok

M Update, 21/8/2019 – Lelaki yang didakwa menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, dalam kemalangan di Kilometer 293.5, Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran persimpangan Southville City dekat Bangi, pada 10 Ogos lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, esok.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, berkata suspek berusia 40 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek akan didakwa di Mahkamah Kajang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan esok,” katanya ringkas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam), hari ini.

Pada Isnin lalu, Ab Rashid memaklumkan kertas siasatan sudah dihantar kepada berhubung kes kematian Syed Muhammad Danial kepada Timbalan Pendakwa Raya. Beliau turut mengesahkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes terbabit dan mengekalkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -BH Online

Leave a Reply