Input your search keywords and press Enter.

Keputusan SPM Ulangan 2019 Pada 28 Ogos Depan

M Update, 22/8/2019 – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2019 membabitkan 9,827 calon akan dikeluarkan pada 28 Ogos ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata calon akan dimaklumkan mengenai keputusan masing-masing melalui pos atau mendapatkannya dengan menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar.

Keputusan juga boleh disemak melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan atau melalui mySMS 15888 yang akan diaktifkan mulai 10 pagi 28 Ogos dan tamat pada 6 petang, 3 September.

Peperiksaan ulangan SPM 2019 diadakan di 203 pusat peperiksaan melibatkan tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. – BERNAMA

Leave a Reply