Input your search keywords and press Enter.

Pengangkutan Awam Perlu Utamakan Keselamatan & Masa

M Update, 28/9/2019 – Bagi menjadikan pengangkutan awam seperti perkhidmatan tren dan rel sebagai pilihan utama di kalangan orang ramai terutama penduduk di Lembah Klang elemen keselamatan dan masa merupakan antara aspek yang perlu ditingkatkan. Dua faktor itu menjadi perkara asas paling utama yang dititik beratkan oleh penumpang mana-mana sistem pengangkutan tren dan rel.

Walaupun pelbagai perkhidmatan tren dan rel disediakan seperti tren dan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, Transit Aliran Massa (MRT) dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), dan ramai yang mengakui berpuas hati dengan perkhidmatan itu tetapi perlu dilihat juga kenapa masih ramai yang enggan menggunakan perkhidmatan itu.

Keselamatan di stesen masih membimbangkan, meskipun jumlah polis bantuan yang bertugas ramai iaitu kira-kira 2,000 orang di stesen LRT dan MRT, namun kekerapan anggota itu tidak mencukupi menyebabkan ia masih lagi menjadi sasaran penjenayah untuk melakukan kegiatan mereka.

Selain itu, waktu operasi rel juga perlu dipanjangkan sehingga pukul 2 pagi bagi memberi peluang kepada pekerja bertugas malam untuk menaiki tren. (Sebagai contoh) kawalan pemanduan LRT menggunakan teknologi komputer seperti laluan Kelana Jaya – Gombak mampu berbuat demikian dengan penambahan perjalanan. Usaha-usaha juga perlu dilakukan bagi mengatasi gangguan teknikal kerana isu seperti itu masih berlarutan.

“Walaupun keseluruhan perkhidmatan tren dan rel di Malaysia hampir siap sepenuhnya, tetapi penggunaannya hanya 30 peratus sahaja dan terdapat 70 peratus ruang yang tidak digunakan” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Leave a Reply