Input your search keywords and press Enter.

Harap Proses Ambil Tanah Highland Towers Dipercepat

M Update, 3/9/2018 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berharap proses pengambilan tanah kondominium Highland Towers yang terbiar sejak hampir 26 tahun untuk tujuan pembangunan semula dapat dipercepatkan.

Proses libat urus bersama semua pihak berkepentingan sudah selesai, namun ada sebahagian penduduk yang tidak sempat menyatakan persetujuan secara rasmi.

Diharap Kerajaan Selangor menerusi Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dapat menyelesaikan proses pengambilan tanah bulan ini.

Diharap urusan pengambilan tanah oleh kerajaan negeri melalui MPAJ dapat diselesaikan bulan ini, sebelum kerja merobohkan Highland Towers dilakukan sekitar hujung tahun ini.

Sumber : Bernama

Leave a Reply