Input your search keywords and press Enter.

Padah Ambil Telur Ayam

FOTO HIASAN

M Update, 094/09/2019 – Seorang wanita dilaporkan mati selepas diserang seekor ayam ketika dia mahu mengambil telur haiwan itu di dalam reban di belakang rumahnya.

Wanita warga emas yang berasal dari Australia Selatan meninggal dunia selepas paruh ayam itu membocorkan saluran darah mangsa menyebabkan pendarahan yang banyak.

News.au.com melaporkan, mangsa mengalami banyak lagi kecederaan tetapi punca kematiannya dilaporkan akibat pendarahan yang tidak dapat dihentikan.

Identiti wanita itu juga tidak didedahkan pihak berkuasa bagi melindungi keluarganya daripada trauma.

Pihak berkuasa juga mengeluarkan amaran mengenai bahaya yang mungkin terdapat pada haiwan yang kelihatan tidak membahayakan.

Leave a Reply