Input your search keywords and press Enter.

Tentera China kagumi keberanian Allahyarham Mejar Zahir

M Update, 6/9/2019 – Kehebatan dan ketangkasan Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, ketika mengendalikan sesi latihan bersama tentera China mendapat pujian daripada pasukan tentera berkenaan.

Malah mereka melahirkan rasa kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Allahyarham sepanjang sesi latihan bersama yang dikenali sebagai latihan Eks Aman Youyi 2018. Beliau berdiri di depan papan sasaran, dan hanya memberi sedikit ruang untuk menembak,” demikian menurut seorang tentera wanita China.

Aksi itu dirakam dan diterbitkan menerusi sebuah perkongsian video berjudul Perajurit yang berdurasi selama 2:39 saat. Sementara itu menurut seorang tentera lelaki China pula menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang cukup berani dan berhati kental.

“Jarak papan sasar cuma 25 meter, beliau berdiri di tepi papan sasaran, menghadap para penembak, beliau melihat penembak secara bertentangan,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi tentera berkata, Allahyarham selalu berada di barisan hadapan menembak. Ia kawasan yang berbahaya namun beliau membuktikan bahawa beliau sangat mematuhi prosedur dan tatacara, beliau punyai ketahanan mental yang sangat tinggi,” katanya. Dalam sesi latihan berkenaan menyaksikan semua latihan yang diadakan telah menggunakan sepenuhnya peluru hidup.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infrantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di kem tersebut pagi Rabu. Beliau yang merupakan pegawai komando dari 11 Grup Gerak Khas (11 GGK) meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.

Allahyarham yang merupakan anak kepada pelakon dan pelawak veteran AR Badul, bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dan berasal dari Kuala Lumpur. Allahyarham mempunyai lima anak berusia antara lima bulan hingga sembilan tahun. – SH Online

Leave a Reply