Input your search keywords and press Enter.

Jerebu : Jumlah Sekolah Ditutup Meningkat

M Update, 18/9/2019 – Jumlah sekolah ditutup akibat jerebu di Selangor hari ini meningkat kepada 538 sekolah berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan di tahap sangat tidak sihat sehingga jam 6 pagi tadi.

Pejabat Pendidikan Selangor melalui satu kenyataan pagi ini memaklumkan sekolah yang ditutup berada bawah seliaan sembilan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan membabitkan 584,595 murid.

Sebanyak 139 sekolah ditutup di PPD Petaling Perdana, diikuti Klang (133), Petaling Utama (86), Hulu Langat (61), Sepang (52), Gombak (23), Kuala Langat (21), Sabak Bernam (18) dan Kuala Selangor (5) manakala tiada penutupan sekolah di PPD Hulu Selangor.

Penutupan sekolah dibuat berdasarkan bacaan IPU di stesen Shah Alam, Putrajaya, Petaling Jaya dan Klang yang melebihi 200 bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi tadi serta bacaan IPU di stesen Johan Setia, Nilai dan Seri Manjung pada jam 4 petang semalam.

JPN Selangor turut mengingatkan sekiranya pihak sekolah mendapati bacaan IPU di kawasan mereka melebihi 200, pihak sekolah perlu mengambil tindakan selaras dengan Surat Siaran Kementerian Pendidikan bilangan 1/2019 dengan menutup sekolah serta merta sehingga keadaan kembali pulih.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply