Input your search keywords and press Enter.

Orang Utan Terjejas Akibat Jerebu

M Update, 18/09/2019 –  Sebanyak 355 orang utan di pusat rehabilitasi Samboja Lestari, Kalimantan Timur terjejas akibat jerebu teruk di wilayah Indonesia itu.

Yayasan Penyelamatan Orangutan Borneo dalam satu kenyataan hari ini berkata 37 orang utan muda disyaki mengalami jangkitan pernafasan ringan.

“Jerebu tebal bukan saja menjejaskan kesihatan kakitangan kami tetapi juga termasuk 355 orang utan di bawah jagaan yayasan ini,” katanya.

Jerebu yang dikatakan terlampau teruk menyebabkan haiwan berkenaan hanya dibenarkan melakukan aktiviti luar selama beberapa jam sehari.

Habitat semula jadi orang utan semakin mengecil sejak beberapa dekad lalu disebabkan penebangan hutan untuk tujuan komersial.

Menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam, populasi orang utan di Borneo kini tinggal kira-kira 100,000 ekor.

Leave a Reply