Input your search keywords and press Enter.

4.1 Juta Hektar Tanah Bolivia Musnah Akibat Kebakaran

M Update, 19/09/2019 –  Sebanyak 4.1 juta hektar hutan dan padang rumput di Bolivia musnah akibat kebakaran yang tercetus sejak Ogos lalu.

Laporan itu didedahkan organisasi bukan kerajaan Yayasan Friends of Nature (FAN) ketika kerajaan tempatan mengumumkan darurat di Beni pada hari ini.

Beni kawasan kedua di Bolivia yang terjejas teruk dengan hampir 900,000 hektar kawasan musnah dalam kebakaran yang masih marak lagi.

Sudah beberapa minggu kebakaran tercetus di kawasan mudah terjejas timur laut negara itu.

FAN dalam kenyataannya berkata, sebanyak tiga juta hektar kawasan di Santa Cruz sudah dijilat api dan jumlah itu hampir 75 peratus daripada kawasan keseluruhan yang terbakar di seluruh Bolivia.

Laporan anggaran kawasan terbakar di negara itu berdasarkan imej satelit NASA dan Agensi Angkasa Eropah pada 15 September lalu.

Kerajaan Bolivia sudah mengarahkan pesawat khas Supertanker Boeing 747 dan Ilyushin Russia, beberapa helikopter serta 5,000 anggota bomba, askar dan polis untuk memadamkan api.

Kebakaran di Santa Cruz adalah yang paling teruk antara sembilan bahagian Bolivia sejak bencana itu bermula pada Mei lalu.

Leave a Reply